Selamat Datang Ke Laman Blog KEMAS Parlimen Gerik

Monday, 30 March 2015

TELATAH DI HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN




Gembira ,sedih dan teruja ?Inilah ragam kanak-kanak di hari pertama persekolah bagi sesi tahun 2015 .Pelbagai reaksi dapat dilihat ketika ibu bapa mulai mendaftar kanak-kanak di tabika/taska  .Namun begitu keadaan menjadi ceria apabila kanak-kanak menjadi teruja dengan sesi pembelajaran yang di ajar oleh Pemaju Masyarakat menggunakan pelbagai pendekatan untuk menarik minat kanak-kanak untuk belajar.Syabas buat guru-guru KEMAS !

BENGKEL DWIBULANAN TABIKA/TASKA KEMAS GERIK TAHUN 2015



Bengkel dwibulanan pertama bagi tahun 2015 dilaksanakan bersama semua Pemaju Masyarakat Tabika /Taska Gerik bagi sesi bulan Januari.Bengkel ini dimulakan dengan pengenalan semua staff dengan PKD baru iaitu Puan Nur Aisyah Binti Abd Halim yang telah menggantikan En Helmi Bin Zulkefli yang telah bertukar ke daerah Batang Padang.Disamping itu juga , penekanan kepada semua Pemaju Masyarakat Tabika /Taska mengenai pentadbiran ,kewangan ,pembelajaran ,kehadiran dan sebagainya dalam keadaan terurus dan tersedia .

Wednesday, 17 December 2014

DEMONTRASI MASAKAN & MEMPERKASAKAN TARAF HIDUP GST

GERIK 18 DISEMBER 2014 (Khamis)-Unit BPM telah mengadakan satu Demontrasi masakan & penerangan memperkasakan taraf hidup GST kepada penduduk sekitar Pengkalan Hulu .Bengkel ini diadakan di Pusat Sumber Pengkalan Hulu  bermula pada jam 10.00 pagi dengan dihadiri lebih daripada 30 orang penduduk wanita .

Ceramah penerangan memperkasakan taraf hidup GST disampaikan oleh Puan Jamaliah Bt Zain iaitu PM PK merangkap AJK Wanita Umno Bahagian Gerik memberikan penjelasan secara terperinci .Disamping itu juga, demontrasi masakan oleh PM PK Puan Maznah Bt Che Wok dan Cik Norhashimah mengajar cara masakan Apam susu dan berkongsi resipi kepada hadirin yang hadir.

Pn Jamaliah Zain sedang menerangkan GST kepada hadirin yang hadir

Apam susu yang sedia untuk dikukus




Antara tenaga pengajar unit BPM



Cik Norhashimah menunjukkan cara-cara aduan apam susu

Antara yang hadir untuk mempelajari aduan resipi apam susu




Wednesday, 26 November 2014

MAJLIS JASAMU DIKENANG UNTUK MANTAN PKD DAN PM

GERIK 27 NOVEMBER 2014 (Khamis)-KEMAS Gerik telah mengadakan satu majlis perpisahan "Jasamu dikenang" khas untuk mantan PKD Gerik iaitu En Helmi B Zulkifli yang akan bertugas di Daerah Batang Padang .Turut diraikan juga adalah Pemaju Masyarakat yang akan bersara pada 31 Disember 2014 ini iaitu Pn Azizah ,Pn Salmah dan juga Pn Faudziah yang telah berkhidmat dalam Jabatan KEMAS ini lebih daripada 30 tahun.

Majlis berlangsung di Sri Inai Rest House dengan dihadiri warga kerja KEMAS Gerik daripada pelbagai unit .Selain daripada itu, majlis ini dihadiri oleh PKD Gerik yang baru iaitu Pn Nor Aisyah Abd Halim yang baru bertukar daripada KEMAS Kedah .Sekaligus meraikan kedatangan PKD baru .Majlis dimulakan dengan bacaan doa,ucapan Penyelia Kanan serta ucapan khas daripada mantan PKD.

Seterusnya, majlis menjemput para PM yang akan bersara memberi ucapan terakhir dan acara penyampaian cenderahati sebagai tanda kenangan  kepada PM serta mantan PKD.




Thursday, 6 November 2014

BENGKEL KEBUN DAPUR TABIKA & TASKA KEMAS PARLIMEN GERIK

GERIK 3 NOVEMBER 2014 (Isnin)- Bengkel Kebun Dapur telah diadakan pada jam 2.30 petang di Tabika Kemas Taman Desa Permata .Bengkel ini dijalankan bertujuan untuk mengajar para Pemaju Masyarakat Tabika dan Taska untuk menghasilkan baja organik dari tumbuhan seperti kangkung,betik,ikan,bawang putih dan halia. Ini akan menjimatkan kos dan mesra alam untuk para guru menghasilkan baja yang berkualiti untuk projek kebun dapur di tabika dan taska.



Berikut adalah cara-cara menghasilkan baja organik iaitu :

Bahan : 1kg Kangkung , 1kg gula merah , balang plastik

Proses : Potong kecil kangkung dan masukkan ke dalam plastik .Kemudian lapiskan dengan gula merah dan seterusnya masukkan kangkung yang dipotong tadi bersilang dengan gula merah sehingga penuh balang .

Penggunaan : Biarkan balang ditutup selama seminggu dan gunakan satu sudu air baja tersebut dan dicampurkan dengan 5 Liter air untuk dijadikan baja.Setelah sebulan,baja tersebut boleh digunakan untuk projek kebun dapur untuk.suburkan tanaman yang ditanam di tabika/taska.




Tuesday, 4 November 2014

MAJLIS GRADUASI TABIKA KEMAS ZON TEMENGGOR

GERIK 5 NOVEMBER 2014 (Rabu) -Majlis Graduasi Tabika Kemas Zon Temenggor telah diadakan di Dewan Persidangan Majlis Daerah Gerik .Majlis bermula pada jam 8.00 pagi dengan kumpulan koir kanak-kanak Tabika Kemas Zon Temenggor yang menyampaikan nyanyian lagu NegaraKu, KEMAS ,Tabika Kemas dan Warisan.



Majlis Graduasi dirasmikan oleh YB Puan Salbiah Bt Mohamed ,ADUN Temenggor  dan dihadiri oleh PKD Gerik,En Helmi Bin Zulkifli ,PPS Kemas Gerik,Pn Norhayati Bt Shaari ,PK Kemas Gerik ,Pn Norma Diah Bt Mohd Ali serta Pengerusi Tabika Kemas Zon Temenggor En Termizi B Lope.




Terdapat 18 buah Tabika Zon Temenggor yang terlibat dalam majlis Graduasi ini iaitu :

1)Tbk Kemas Jalan Intan
2)Tbk Kemas Taman Temenggor
3)Tbk Kemas Taman Angsana
4)Tbk Kemas Kuala Rui
5)Tbk Kemas Taman Desa Permata
6)Tbk Kemas Taman Desa Mutiara
7)Tbk Kemas RPA Batu 3
8)Tbk Kemas Sri Murni Bandariang
9)Tbk Kemas NKRA Kg Bandariang
10)Tbk Kemas Kg Bersia Lama
11)Tbk Kemas Felda Bersia 1
12)Tbk Kemas Felda Bersia 2
13)Tbk Kemas Felda Bersia 3
14)Tbk Kemas RPA Batu 2
15)Tbk Kemas Kg Pahat
16)Tbk Kemas Kg Bongor
17) Tbk Kemas Kg Banun
18)Tbk Kemas Kg Ulu Gerik

Majlis diserikan dengan persembahan daripada kanak-kanak tabika yang pernah mewakili parlimen Gerik dalam acara Hari Potensi iaitu hafazan ,nasyid dan pidato .Majlis diakhiri dengan sesi fotografi dan kanak-kanak bersalaman dengan semua guru-guru .







Monday, 3 November 2014

SUKAN TAHUNAN & SAMBUTAN HARI LAHIR KANAK-KANAK TBK KEMAS KG KERUNAI (1)

GERIK 31 OKTOBER 2014 (Jumaat) -Tabika Kemas Kg Kerunai 1 telah mengadakan sukan tahunan dan sambutan hari lahir kanak-kanak untuk sesi tahun 2014.




Majlis di rasmikan oleh Tuan Penghulu Mukim Kerunai iaitu Tuan Haji Syahriman dan turut dihadiri oleh Pengerusi Tabika Kemas Kg Kerunai 1 iaitu Tuan Haji Che Amat Bin Awang ,para AJK Tabika ,ibu bapa kanak-kanak serta penduduk setempat.




Majlis sukan bermula pada jam 8.30Pagi dimana acara sukan kanak-kanak seperti bawa bola ping-pong dalam sudu,burung dalam sangkar ,mami jarum ,kembar siam dan isi air dalam botol.Kanak-kanak dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan merah dan kuning.

Disamping itu juga, acara sukan untuk ibu bapa juga dijalankan seperti dukung anak,lari bawa bola ping-pong dan kembar siam bapa.

Seterusnya acara sambutan hari lahir kanak-kanak tabika dijalankan dan Tuan Penghulu Mukim Kerunai menyampaikan hadiah sukan dan hari lahir kepada kanak-kanak serta hadiah kecemerlangan dalam ujian penilaian yang telah dijalankan pada 27-28 Oktober 2014.




Majlis berakhir dengan jamuan yang disediakan oleh pihak Tabika.