Selamat Datang Ke Laman Blog KEMAS Parlimen Gerik

Wednesday 26 November 2014

MAJLIS JASAMU DIKENANG UNTUK MANTAN PKD DAN PM

GERIK 27 NOVEMBER 2014 (Khamis)-KEMAS Gerik telah mengadakan satu majlis perpisahan "Jasamu dikenang" khas untuk mantan PKD Gerik iaitu En Helmi B Zulkifli yang akan bertugas di Daerah Batang Padang .Turut diraikan juga adalah Pemaju Masyarakat yang akan bersara pada 31 Disember 2014 ini iaitu Pn Azizah ,Pn Salmah dan juga Pn Faudziah yang telah berkhidmat dalam Jabatan KEMAS ini lebih daripada 30 tahun.

Majlis berlangsung di Sri Inai Rest House dengan dihadiri warga kerja KEMAS Gerik daripada pelbagai unit .Selain daripada itu, majlis ini dihadiri oleh PKD Gerik yang baru iaitu Pn Nor Aisyah Abd Halim yang baru bertukar daripada KEMAS Kedah .Sekaligus meraikan kedatangan PKD baru .Majlis dimulakan dengan bacaan doa,ucapan Penyelia Kanan serta ucapan khas daripada mantan PKD.

Seterusnya, majlis menjemput para PM yang akan bersara memberi ucapan terakhir dan acara penyampaian cenderahati sebagai tanda kenangan  kepada PM serta mantan PKD.




Thursday 6 November 2014

BENGKEL KEBUN DAPUR TABIKA & TASKA KEMAS PARLIMEN GERIK

GERIK 3 NOVEMBER 2014 (Isnin)- Bengkel Kebun Dapur telah diadakan pada jam 2.30 petang di Tabika Kemas Taman Desa Permata .Bengkel ini dijalankan bertujuan untuk mengajar para Pemaju Masyarakat Tabika dan Taska untuk menghasilkan baja organik dari tumbuhan seperti kangkung,betik,ikan,bawang putih dan halia. Ini akan menjimatkan kos dan mesra alam untuk para guru menghasilkan baja yang berkualiti untuk projek kebun dapur di tabika dan taska.



Berikut adalah cara-cara menghasilkan baja organik iaitu :

Bahan : 1kg Kangkung , 1kg gula merah , balang plastik

Proses : Potong kecil kangkung dan masukkan ke dalam plastik .Kemudian lapiskan dengan gula merah dan seterusnya masukkan kangkung yang dipotong tadi bersilang dengan gula merah sehingga penuh balang .

Penggunaan : Biarkan balang ditutup selama seminggu dan gunakan satu sudu air baja tersebut dan dicampurkan dengan 5 Liter air untuk dijadikan baja.Setelah sebulan,baja tersebut boleh digunakan untuk projek kebun dapur untuk.suburkan tanaman yang ditanam di tabika/taska.




Tuesday 4 November 2014

MAJLIS GRADUASI TABIKA KEMAS ZON TEMENGGOR

GERIK 5 NOVEMBER 2014 (Rabu) -Majlis Graduasi Tabika Kemas Zon Temenggor telah diadakan di Dewan Persidangan Majlis Daerah Gerik .Majlis bermula pada jam 8.00 pagi dengan kumpulan koir kanak-kanak Tabika Kemas Zon Temenggor yang menyampaikan nyanyian lagu NegaraKu, KEMAS ,Tabika Kemas dan Warisan.



Majlis Graduasi dirasmikan oleh YB Puan Salbiah Bt Mohamed ,ADUN Temenggor  dan dihadiri oleh PKD Gerik,En Helmi Bin Zulkifli ,PPS Kemas Gerik,Pn Norhayati Bt Shaari ,PK Kemas Gerik ,Pn Norma Diah Bt Mohd Ali serta Pengerusi Tabika Kemas Zon Temenggor En Termizi B Lope.




Terdapat 18 buah Tabika Zon Temenggor yang terlibat dalam majlis Graduasi ini iaitu :

1)Tbk Kemas Jalan Intan
2)Tbk Kemas Taman Temenggor
3)Tbk Kemas Taman Angsana
4)Tbk Kemas Kuala Rui
5)Tbk Kemas Taman Desa Permata
6)Tbk Kemas Taman Desa Mutiara
7)Tbk Kemas RPA Batu 3
8)Tbk Kemas Sri Murni Bandariang
9)Tbk Kemas NKRA Kg Bandariang
10)Tbk Kemas Kg Bersia Lama
11)Tbk Kemas Felda Bersia 1
12)Tbk Kemas Felda Bersia 2
13)Tbk Kemas Felda Bersia 3
14)Tbk Kemas RPA Batu 2
15)Tbk Kemas Kg Pahat
16)Tbk Kemas Kg Bongor
17) Tbk Kemas Kg Banun
18)Tbk Kemas Kg Ulu Gerik

Majlis diserikan dengan persembahan daripada kanak-kanak tabika yang pernah mewakili parlimen Gerik dalam acara Hari Potensi iaitu hafazan ,nasyid dan pidato .Majlis diakhiri dengan sesi fotografi dan kanak-kanak bersalaman dengan semua guru-guru .







Monday 3 November 2014

SUKAN TAHUNAN & SAMBUTAN HARI LAHIR KANAK-KANAK TBK KEMAS KG KERUNAI (1)

GERIK 31 OKTOBER 2014 (Jumaat) -Tabika Kemas Kg Kerunai 1 telah mengadakan sukan tahunan dan sambutan hari lahir kanak-kanak untuk sesi tahun 2014.




Majlis di rasmikan oleh Tuan Penghulu Mukim Kerunai iaitu Tuan Haji Syahriman dan turut dihadiri oleh Pengerusi Tabika Kemas Kg Kerunai 1 iaitu Tuan Haji Che Amat Bin Awang ,para AJK Tabika ,ibu bapa kanak-kanak serta penduduk setempat.




Majlis sukan bermula pada jam 8.30Pagi dimana acara sukan kanak-kanak seperti bawa bola ping-pong dalam sudu,burung dalam sangkar ,mami jarum ,kembar siam dan isi air dalam botol.Kanak-kanak dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan merah dan kuning.

Disamping itu juga, acara sukan untuk ibu bapa juga dijalankan seperti dukung anak,lari bawa bola ping-pong dan kembar siam bapa.

Seterusnya acara sambutan hari lahir kanak-kanak tabika dijalankan dan Tuan Penghulu Mukim Kerunai menyampaikan hadiah sukan dan hari lahir kepada kanak-kanak serta hadiah kecemerlangan dalam ujian penilaian yang telah dijalankan pada 27-28 Oktober 2014.




Majlis berakhir dengan jamuan yang disediakan oleh pihak Tabika.