Selamat Datang Ke Laman Blog KEMAS Parlimen Gerik

Tuesday 21 October 2014

SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI DARIPADA WARGA KEMAS PARLIMEN GERIK



Selamat menyambut perayaan Deepavali untuk seluruh kaum India .Semoga dengan perayaan ini dapat mengutuhkan lagi tali silaturahim antara sesama kaum di negara Malaysia.


AKTIVITI KELAB 3K TABIKA KEMAS KG KERUNAI 1 BERSAMA JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT DAERAH GERIK

GERIK 20 APRIL 2014 (Isnin)-  Aktiviti 3K dan Latihan Memadam Kebakaran telah diadakan di TBK KEMAS Kampung Kerunai 1 dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Gerik.







Angota bomba turut mengajar teknik BERHENTI, REBAH dan GULING sekiranya baju atau anggota tubuh badan kanak-kanak terbakar ,penerangan mengenai api baik dan api tidak baik, cara-cara menyelamatkan diri dalam kebakaran rumah dengan merangkak .






Akhir sekali,sebagai bonus untuk aktiviti 3K ini adalah menunjukkan cara penggunaan pili bomba ketika kebakaran dan kanak-kanak diberi peluang untuk mandi dengan air pancutan dari pili bomba.











Thursday 16 October 2014

PROGRAM KOSPEN PERINGKAT PARLIMEN GERIK 2014





GERIK 16 OKTOBER 2014 (Khamis) - Program KOSPEN (Komuniti Sihat Perkasa Negara) peringkat Parlimen Gerik telah dilaksanakan di Dewan Orang Ramai Kampung Lalang .Program ini
dijalankan untuk  melatih sukarelawan dikalangan Pemaju Masyarakat  Tabika /Taska  KEMAS dan juga warga kampung untuk mempelajari pemeriksaan saringan kesihatan seperti memeriksa tekanan darah tinggi,paras gula ,BMI dan sebagainya.


Sukarelawan mempelajari pemeriksaan tekanan darah sambil diperhatikan oleh jururawat

Program KOSPEN ini melibat 4 buah kampung Parlimen Gerik iaitu Kampung Lalang,Kampung Bandariang, Kampung Pahit dan Kampung Klian Intan serta disertai Pemaju Masyarakat Tabika/Taska di kampung tersebut.Program anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang dilaksanakan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Perak mendapat sambutan yang amat mengalakkan oleh penduduk Parlimen Gerik.

Dr Edziani memberikan taklimat pada Program KOSPEN 


Program yang bermula pada jam 3.30 petang ini dimulakan dengan taklimat daripada Pegawai Kesihatan iaitu Dr Noor Edziani Binti Khalidin daripada Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Perak menyampaikan garis panduan untuk mempelajari pemeriksaan kesihatan kepada sukarelawan.Seterusnya, para sukarelawan diajar oleh jururawat dan doktor untuk mempelajari dan mengendalikan alatan untuk pemeriksaan,

Penerangan kepada sukarelawan mengenai alatan pemeriksaan kesihatan oleh jururawat 

Antara penduduk dan kakitangan KEMAS Parlimen Gerik yang hadir 


Dengan wujudnya Program KOSPEN ini dapat membantu penduduk luar kawasan menangani penyakit tidak berjangkit dan ianya merupakan salag satu transformasi kerajaan Malaysia terhadap perkhidmatan kesihatan awam dalam usaha agresif memberi pengetahuan dan kesedaran masyarakat tentang pencegahan penyakit tidak berjangkit kepada amalan harian mudah yang mampu memberi kesan positif ke atas tahap kesihatan.


PM Tbk Kg Lalang mempelajari pemeriksaan paras gula dalam darah 





Alat pemeriksaan tekanan darah 




PKD Gerik ,En Helmi juga turut hadir dalam program KOSPEN






Tuesday 14 October 2014

AL-FATIHAH : Takziah buat Menteri Besar Perak atas kematian bapanya




GERIK, 14 OKTOBER 2014 (Selasa) — Warga KEMAS Parlimen Gerik merakamkan ucapan takziah kepada Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir atas kematian bapanya, Abdul Kadir Muhammad.

Allahyarham berusia 73 tahun, yang lebih dikenali sebagai Pak Karim, meninggal dunia pada 1.10 pagi tadi di Hospital Desa Pangkor, Pulau Pangkor akibat serangan jantung.

Menurut kenyataan Pejabat Menteri Besar, jenazah akan disemadikan selepas solat Zohor di Tanah Perkuburan Masjid Teluk Raja Bayang, Pulau Pangkor.

Allahyarham pernah berkhidmat sebagai ketua kampung Teluk Raja Bayang selama 23 tahun dan bersara pada tahun lepas, meninggalkan tujuh anak termasuk Zambry.

Semoga ,roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.


"Al-Fatihah"


KARNIVAL SUKAN WARISAN DUN TEMENGGOR 2014 : ANJURAN PERTAMA KALI

GERIK 12 OKTOBER 2014 (AHAD) -Julung kali penganjuran Karnival Sukan Warisan D.U.N Temenggor 2014 di Padang Bandaran Gerik anjuran UMNO Gerik ,KEMAS Parlimen Gerik, Perpustakaan Negeri Perak dan Pejabat Belia Gerik.




Karnival bermula jam 7.30 pagi hingga 1.30 tengahari dimana ianya disertai oleh penduduk 10 buah kampung  dan 10 buah Taman dalam D.U.N. Temenggor.Berikut adalah senarai penyertaan kampung dan taman dalam karnival sukan warisan ini.


Penyertaan Kampung :

1.Kampung Kerunai
2.Kampung Padang Stang
3.Kampung Bongor
4.Kampung Gerik
5.Kampung Ulu Kenderong
6.Kampung Pahat
7.Kampung Bersia Lama
8.Kampung Bandariang
9.Kampung Perah
10.Kampung Felda Bersia


Penyertaan Taman :

1.Taman Sri Temenggor
2.Taman Gerik
3.Taman Toh Purba Lahamat
4.Taman Desa Kasih
5.Taman Puncak Nilam
6.Taman RPA Batu 2
7.Taman RPA Batu 3
8.Taman Desa Permata
9.Taman Desa Mutiara
10.Taman Ibu

Penyertaan daripada peserta kampung dan taman adalah mengalakkan dimana setiap permainan diwakili oleh peserta penduduk masing-masing bagi mencungkil kemahiran bermain permainan warisan tradisional ini.

 Antara permainan warisan yang dipertandingkan adalah Dam Aji, Gasing, Congkak, Sepakraga Ratus, Galah Panjang, Teng-Teng, Tuju Tin, Batu Seremban, Tuju Selipar dan Jentik Ceper serta pertandingan Khemah Tercantik mengikut kampung dan taman yang menyertai karnival ini.

Majlis Perasmian dirasmikan oleh EXCO Belia,Sukan ,Komunikasi dan Multimedia Negeri Perak iaitu YB. Datuk Shahrul Zaman Bin Yahya dan diiringi oleh ADUN Temenggor YB Puan Salbiah Binti Mohamed.

Oleh itu ,KEMAS Parlimen Gerik bertindak sebagai urus setia bagi dua permainan warisan iaitu teng teng dan jentik ceper.Berikut adalah gambar-gambar sepanjang karnival sukan warisan DUN Temenggor berlangsung.


Kehadiran penduduk Gerik ke Karnival Sukan Warisan seawal jam 7.30 Pagi
Penyelia Kanan KEMAS Gerik bersama  urusetia permainan teng-teng 

Urusetia menunjukkan cara permainan teng-teng kepada peserta


YB Puan Salbiah Mohamed sedang mencuba permainan teng-teng 

PPS KEMAS Gerik juga turut mencuba acara permainan tarik upih

PK KEMAS Gerik juga turut menyertai permainan tarik upih bersama peserta lain


Barisan urusetia permainan jentik cepir oleh kakitangan KEMAS Gerik

Para hakim dari KEMAS menilai permainan jentik cepir

admin bersama PK -Pn Normadiah

Kehadiran "Chicky" daripada pihak perpustakaan negeri Perak menarik minat kanak-kanak untuk bergambar

Permainan dam aji bersama peserta wanita

Barangan antik yang dipamerkan oleh penduduk Taman Toh Purba Lahamat

Kampung Gerik juga tidak terlepas menghiaskan khemah dengan mempamerkan alatan muzik tradisional 

Gelanggang  Sepak raga ratus 


Thursday 2 October 2014

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha daripada Warga KEMAS Parlimen Gerik




Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha pada 6 Oktober 2014 (Ahad) bersamaan dengan 10 Zulhiljah 1435H daripada seluruh warga KEMAS Parlimen Gerik .Marilah kita memanjat kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana di atas taufik dan inayahNya dapat kita meraikan Hari Raya AidilAdha pada tahun ini dalam keadaan makmur, sejahtera dan penuh keberkatan.

Hari Raya AidilAdha juga dikenali sebagai Hari Raya Haji kerana diperintahkan juga di dalam bulan mulia tersebut bagi umat Islam yang berkemampuan untuk menunaikan ibadat Haji ke Baitullah. Ibadah haji yang dilaksanakan pada setiap tahun ini membawa bersamanya seribu satu pengajaran dan pendidikan dalam kehidupan sejagat.

Menelusuri sirah ibadah haji yang berlaku lebih 1400 tahun yang lalu, telah terpatrinya satu perjanjian yang dikenali Perjanjian Hudaibiyah antara Nabi Muhammad SAW dengan puak Kafir Quraisy di Kota Mekah. Hasil daripada perjanjian tersebut, umat Islam dapat mengerjakan haji pada tahun yang berikutnya. Iktibarnya, kita telah mengambil pendekatan yang sama dengan berperanan menjayakan pelan damai antara pihak Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dan Kerajaan Filipina baru-baru ini.

Pengorbanan Kerajaan Malaysia yang sanggup bertindak sebagai mediator bagi mengakhiri konflik berdarah lebih 40 tahun antara Manila dan Bangsamoro ini pastinya adalah satu pengorbanan yang amat membanggakan. Komitmen jitu kita dalam membantu menyelesaikan pelbagai konflik yang berlaku di sesebuah Negara menyebabkan kita diiktiraf oleh dunia sebagai sebuah negara Islam yang progresif dan dinamik. Ini terbukti dengan pengiktirafan ulama yang terkemuka dunia iaitu Sheikh Yusuf Al-Qardhawi yang telah melahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan terhadap usaha Malaysia yang konsisten menyokong dan membantu perjuangan rakyat Palestin selama ini.

Sesungguhnya konsep pengorbanan yang dituntut oleh Islam di mana kita sentiasa sanggup berkorban masa dan wang ringgit, berkorban jiwa raga, tenaga fikiran,perasaan, mengorbankan kepentingan diri bagi memperolehi keredhaan Allah SWT. Sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah Al-Ankabut ayat 69 yang bermaksud :
“Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, nescaya Kami tunjukkan kepada mereka jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar bersama mereka yang berbuat baik.”

Marilah kita berdoa kepada Allah SWT agar Jemaah Haji kita di Kota Suci Mekah dapat menjalankan ibadah mereka dengan sempurna dan dikurniakan haji yang mabrur serta kembali ke Tanah Air dengan selamat.

Semoga AidilAdha tahun ini lebih baik daripada tahun sebelumnya dan AidilAdha yang akan datang akan menjadi lebih baik daripada tahun ini. Insya Allah.

         "Salam Aidil Adha seluruh umat Islam"