Selamat Datang Ke Laman Blog KEMAS Parlimen Gerik

Wednesday 17 December 2014

DEMONTRASI MASAKAN & MEMPERKASAKAN TARAF HIDUP GST

GERIK 18 DISEMBER 2014 (Khamis)-Unit BPM telah mengadakan satu Demontrasi masakan & penerangan memperkasakan taraf hidup GST kepada penduduk sekitar Pengkalan Hulu .Bengkel ini diadakan di Pusat Sumber Pengkalan Hulu  bermula pada jam 10.00 pagi dengan dihadiri lebih daripada 30 orang penduduk wanita .

Ceramah penerangan memperkasakan taraf hidup GST disampaikan oleh Puan Jamaliah Bt Zain iaitu PM PK merangkap AJK Wanita Umno Bahagian Gerik memberikan penjelasan secara terperinci .Disamping itu juga, demontrasi masakan oleh PM PK Puan Maznah Bt Che Wok dan Cik Norhashimah mengajar cara masakan Apam susu dan berkongsi resipi kepada hadirin yang hadir.

Pn Jamaliah Zain sedang menerangkan GST kepada hadirin yang hadir

Apam susu yang sedia untuk dikukus




Antara tenaga pengajar unit BPM



Cik Norhashimah menunjukkan cara-cara aduan apam susu

Antara yang hadir untuk mempelajari aduan resipi apam susu




Wednesday 26 November 2014

MAJLIS JASAMU DIKENANG UNTUK MANTAN PKD DAN PM

GERIK 27 NOVEMBER 2014 (Khamis)-KEMAS Gerik telah mengadakan satu majlis perpisahan "Jasamu dikenang" khas untuk mantan PKD Gerik iaitu En Helmi B Zulkifli yang akan bertugas di Daerah Batang Padang .Turut diraikan juga adalah Pemaju Masyarakat yang akan bersara pada 31 Disember 2014 ini iaitu Pn Azizah ,Pn Salmah dan juga Pn Faudziah yang telah berkhidmat dalam Jabatan KEMAS ini lebih daripada 30 tahun.

Majlis berlangsung di Sri Inai Rest House dengan dihadiri warga kerja KEMAS Gerik daripada pelbagai unit .Selain daripada itu, majlis ini dihadiri oleh PKD Gerik yang baru iaitu Pn Nor Aisyah Abd Halim yang baru bertukar daripada KEMAS Kedah .Sekaligus meraikan kedatangan PKD baru .Majlis dimulakan dengan bacaan doa,ucapan Penyelia Kanan serta ucapan khas daripada mantan PKD.

Seterusnya, majlis menjemput para PM yang akan bersara memberi ucapan terakhir dan acara penyampaian cenderahati sebagai tanda kenangan  kepada PM serta mantan PKD.




Thursday 6 November 2014

BENGKEL KEBUN DAPUR TABIKA & TASKA KEMAS PARLIMEN GERIK

GERIK 3 NOVEMBER 2014 (Isnin)- Bengkel Kebun Dapur telah diadakan pada jam 2.30 petang di Tabika Kemas Taman Desa Permata .Bengkel ini dijalankan bertujuan untuk mengajar para Pemaju Masyarakat Tabika dan Taska untuk menghasilkan baja organik dari tumbuhan seperti kangkung,betik,ikan,bawang putih dan halia. Ini akan menjimatkan kos dan mesra alam untuk para guru menghasilkan baja yang berkualiti untuk projek kebun dapur di tabika dan taska.



Berikut adalah cara-cara menghasilkan baja organik iaitu :

Bahan : 1kg Kangkung , 1kg gula merah , balang plastik

Proses : Potong kecil kangkung dan masukkan ke dalam plastik .Kemudian lapiskan dengan gula merah dan seterusnya masukkan kangkung yang dipotong tadi bersilang dengan gula merah sehingga penuh balang .

Penggunaan : Biarkan balang ditutup selama seminggu dan gunakan satu sudu air baja tersebut dan dicampurkan dengan 5 Liter air untuk dijadikan baja.Setelah sebulan,baja tersebut boleh digunakan untuk projek kebun dapur untuk.suburkan tanaman yang ditanam di tabika/taska.




Tuesday 4 November 2014

MAJLIS GRADUASI TABIKA KEMAS ZON TEMENGGOR

GERIK 5 NOVEMBER 2014 (Rabu) -Majlis Graduasi Tabika Kemas Zon Temenggor telah diadakan di Dewan Persidangan Majlis Daerah Gerik .Majlis bermula pada jam 8.00 pagi dengan kumpulan koir kanak-kanak Tabika Kemas Zon Temenggor yang menyampaikan nyanyian lagu NegaraKu, KEMAS ,Tabika Kemas dan Warisan.



Majlis Graduasi dirasmikan oleh YB Puan Salbiah Bt Mohamed ,ADUN Temenggor  dan dihadiri oleh PKD Gerik,En Helmi Bin Zulkifli ,PPS Kemas Gerik,Pn Norhayati Bt Shaari ,PK Kemas Gerik ,Pn Norma Diah Bt Mohd Ali serta Pengerusi Tabika Kemas Zon Temenggor En Termizi B Lope.




Terdapat 18 buah Tabika Zon Temenggor yang terlibat dalam majlis Graduasi ini iaitu :

1)Tbk Kemas Jalan Intan
2)Tbk Kemas Taman Temenggor
3)Tbk Kemas Taman Angsana
4)Tbk Kemas Kuala Rui
5)Tbk Kemas Taman Desa Permata
6)Tbk Kemas Taman Desa Mutiara
7)Tbk Kemas RPA Batu 3
8)Tbk Kemas Sri Murni Bandariang
9)Tbk Kemas NKRA Kg Bandariang
10)Tbk Kemas Kg Bersia Lama
11)Tbk Kemas Felda Bersia 1
12)Tbk Kemas Felda Bersia 2
13)Tbk Kemas Felda Bersia 3
14)Tbk Kemas RPA Batu 2
15)Tbk Kemas Kg Pahat
16)Tbk Kemas Kg Bongor
17) Tbk Kemas Kg Banun
18)Tbk Kemas Kg Ulu Gerik

Majlis diserikan dengan persembahan daripada kanak-kanak tabika yang pernah mewakili parlimen Gerik dalam acara Hari Potensi iaitu hafazan ,nasyid dan pidato .Majlis diakhiri dengan sesi fotografi dan kanak-kanak bersalaman dengan semua guru-guru .







Monday 3 November 2014

SUKAN TAHUNAN & SAMBUTAN HARI LAHIR KANAK-KANAK TBK KEMAS KG KERUNAI (1)

GERIK 31 OKTOBER 2014 (Jumaat) -Tabika Kemas Kg Kerunai 1 telah mengadakan sukan tahunan dan sambutan hari lahir kanak-kanak untuk sesi tahun 2014.




Majlis di rasmikan oleh Tuan Penghulu Mukim Kerunai iaitu Tuan Haji Syahriman dan turut dihadiri oleh Pengerusi Tabika Kemas Kg Kerunai 1 iaitu Tuan Haji Che Amat Bin Awang ,para AJK Tabika ,ibu bapa kanak-kanak serta penduduk setempat.




Majlis sukan bermula pada jam 8.30Pagi dimana acara sukan kanak-kanak seperti bawa bola ping-pong dalam sudu,burung dalam sangkar ,mami jarum ,kembar siam dan isi air dalam botol.Kanak-kanak dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan merah dan kuning.

Disamping itu juga, acara sukan untuk ibu bapa juga dijalankan seperti dukung anak,lari bawa bola ping-pong dan kembar siam bapa.

Seterusnya acara sambutan hari lahir kanak-kanak tabika dijalankan dan Tuan Penghulu Mukim Kerunai menyampaikan hadiah sukan dan hari lahir kepada kanak-kanak serta hadiah kecemerlangan dalam ujian penilaian yang telah dijalankan pada 27-28 Oktober 2014.




Majlis berakhir dengan jamuan yang disediakan oleh pihak Tabika.

Tuesday 21 October 2014

SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI DARIPADA WARGA KEMAS PARLIMEN GERIK



Selamat menyambut perayaan Deepavali untuk seluruh kaum India .Semoga dengan perayaan ini dapat mengutuhkan lagi tali silaturahim antara sesama kaum di negara Malaysia.


AKTIVITI KELAB 3K TABIKA KEMAS KG KERUNAI 1 BERSAMA JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT DAERAH GERIK

GERIK 20 APRIL 2014 (Isnin)-  Aktiviti 3K dan Latihan Memadam Kebakaran telah diadakan di TBK KEMAS Kampung Kerunai 1 dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Gerik.







Angota bomba turut mengajar teknik BERHENTI, REBAH dan GULING sekiranya baju atau anggota tubuh badan kanak-kanak terbakar ,penerangan mengenai api baik dan api tidak baik, cara-cara menyelamatkan diri dalam kebakaran rumah dengan merangkak .






Akhir sekali,sebagai bonus untuk aktiviti 3K ini adalah menunjukkan cara penggunaan pili bomba ketika kebakaran dan kanak-kanak diberi peluang untuk mandi dengan air pancutan dari pili bomba.











Thursday 16 October 2014

PROGRAM KOSPEN PERINGKAT PARLIMEN GERIK 2014





GERIK 16 OKTOBER 2014 (Khamis) - Program KOSPEN (Komuniti Sihat Perkasa Negara) peringkat Parlimen Gerik telah dilaksanakan di Dewan Orang Ramai Kampung Lalang .Program ini
dijalankan untuk  melatih sukarelawan dikalangan Pemaju Masyarakat  Tabika /Taska  KEMAS dan juga warga kampung untuk mempelajari pemeriksaan saringan kesihatan seperti memeriksa tekanan darah tinggi,paras gula ,BMI dan sebagainya.


Sukarelawan mempelajari pemeriksaan tekanan darah sambil diperhatikan oleh jururawat

Program KOSPEN ini melibat 4 buah kampung Parlimen Gerik iaitu Kampung Lalang,Kampung Bandariang, Kampung Pahit dan Kampung Klian Intan serta disertai Pemaju Masyarakat Tabika/Taska di kampung tersebut.Program anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang dilaksanakan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Perak mendapat sambutan yang amat mengalakkan oleh penduduk Parlimen Gerik.

Dr Edziani memberikan taklimat pada Program KOSPEN 


Program yang bermula pada jam 3.30 petang ini dimulakan dengan taklimat daripada Pegawai Kesihatan iaitu Dr Noor Edziani Binti Khalidin daripada Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Perak menyampaikan garis panduan untuk mempelajari pemeriksaan kesihatan kepada sukarelawan.Seterusnya, para sukarelawan diajar oleh jururawat dan doktor untuk mempelajari dan mengendalikan alatan untuk pemeriksaan,

Penerangan kepada sukarelawan mengenai alatan pemeriksaan kesihatan oleh jururawat 

Antara penduduk dan kakitangan KEMAS Parlimen Gerik yang hadir 


Dengan wujudnya Program KOSPEN ini dapat membantu penduduk luar kawasan menangani penyakit tidak berjangkit dan ianya merupakan salag satu transformasi kerajaan Malaysia terhadap perkhidmatan kesihatan awam dalam usaha agresif memberi pengetahuan dan kesedaran masyarakat tentang pencegahan penyakit tidak berjangkit kepada amalan harian mudah yang mampu memberi kesan positif ke atas tahap kesihatan.


PM Tbk Kg Lalang mempelajari pemeriksaan paras gula dalam darah 





Alat pemeriksaan tekanan darah 




PKD Gerik ,En Helmi juga turut hadir dalam program KOSPEN