Selamat Datang Ke Laman Blog KEMAS Parlimen Gerik

Monday 30 March 2015

LAWATAN KOSPEN DAERAH HULU PERAK





Lawatan KOSPEN peringkat daerah Hulu Perak telah dijalankan pada 30 Mac 2015 .Lawatan ini disertai oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Perak ,Dr Asmah Bt Zainal Abidin bersama penyelaras KOSPEN Negeri Perak ,pegawai-pegawai perubatan , wakil KEMAS Gerik ,serta skuad sukarelawan Hulu Perak.Bermula daripada KRT(Kawasan Rukun Tetangga) Pekan Gerik ,majlis penyerahan baju skuad dan banner KOSPEN di serahkan oleh Dr Asmah  kepada sukarelawan-sukarelawan sekitar  Hulu Perak di Dataran Parlimen Lenggong.Lawatan diteruskan ke Kampung Beng dan Kampung Luat ( KRT Lenggong )untuk memantau papan tanda KOSPEN 10000 Langkah dan panduan kesihatan yang telah didirikan di kawasan tersebut.










BENGKEL DWIBULANAN MAC & PROFESENSI BAHASA INGGERIS PM TABIKA /TASKA




Bengkel dwibulanan bagi bulan Mac & Profesensi Bahasa Inggeris  PM Tabika /Taska  telah diadakan di Tabika Kemas Felda Bersia 1 pada jam 2.30 petang.Bertemakan Bahasa Inggeris,semua Pemaju Masyarakat Tabika dan Taska dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk membuat persembahan puppet tangan yang dihasilkan daripada bahan terbuang dengan dialog dalam berbahasa Inggeris.Bengkel ini dilaksanakan untuk mempertingkatkan lagi kemahiran mengajar secara kreatif dan inovatif untuk menarik minat kanak-kanak mempelajari bahasa Inggeris dengan lebih efisyen dan berkesan.







MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA ADUN DAN PENGARAH KEMAS PERAK



Majlis ramah mesra warga Kemas Gerik bersama ADUN Temengor /Ketua Puteri Umno Perak ,Puan Salbiah Bt Mohamed telah diadakan pada 24 Mac yang lalu di bangunan PPK Gerik.Turut dihadiri pada majlis tersebut adalah Tuan Pengarah Kemas Perak ,En Ahmad Kamal Idris B Hj Mohd Nawawi ,dengan sesi menyampaikan amanat beliau kepada semua warga Kemas dalam menjalankan tugas yang lebih bermutu dan berkualiti .Disamping itu juga,majlis diserikan dengan sesi penyampaian buku akaun ASNB kepada waris kanak-kanak taska kemas.




















LE TOUR DE LANGKAWI KEMBALI



Ianya kembali lagi pertandingan lumba basikal antarabangsa LE TOUR DE LANGKAWI 2015 untuk kali ke 10tahun  .Bermula dari peringkat ketiga pada 10 Mac  dari daerah Gerik ke Tanah Merah,Kelantan adalah pilihan penganjur dan pelumba kerana kayuhan sepanjang 250 Kilometer ini melalui kawasan bukit yang mencabar sekitar Tasik Banding hingga ke daerah Jeli ,Kelantan.Ianya disertai seramai 124 orang pelumba basikal daripada pelbagai negara dan turut dimeriahkan dengan kehadiran EXCO Sukan Negeri Perak ,ADUN dan ahli Parlimen serta orang ramai dengan pelbagai aktiviti seperti senam aerobic ,kayuhan santai ,persembahan tarian dan muzik .



MESYUARAT JKPP KEMAS GERIK 2015



Mesyuarat JKPP Kemas Gerik untuk tahun 2015 telah diadakan pada 9 Mac.Mesyuarat dipengerusikan oleh PKD Hulu Perak ,Pn Nur Aisyah Bt Abd Halim dan dihadiri oleh semua staff kemas Gerik.Pengisian mesyuarat JKPP ini adalah mengenai rumusan perlaksaan semua program yang akan dilaksanakan sepanjang tahun 2015 terhadap  semua bidang iaitu Prasekolah,Perhubungan,Bina Insan dan Pembangunan Kesejahteraan Keluarga .



TELATAH DI HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN




Gembira ,sedih dan teruja ?Inilah ragam kanak-kanak di hari pertama persekolah bagi sesi tahun 2015 .Pelbagai reaksi dapat dilihat ketika ibu bapa mulai mendaftar kanak-kanak di tabika/taska  .Namun begitu keadaan menjadi ceria apabila kanak-kanak menjadi teruja dengan sesi pembelajaran yang di ajar oleh Pemaju Masyarakat menggunakan pelbagai pendekatan untuk menarik minat kanak-kanak untuk belajar.Syabas buat guru-guru KEMAS !

BENGKEL DWIBULANAN TABIKA/TASKA KEMAS GERIK TAHUN 2015



Bengkel dwibulanan pertama bagi tahun 2015 dilaksanakan bersama semua Pemaju Masyarakat Tabika /Taska Gerik bagi sesi bulan Januari.Bengkel ini dimulakan dengan pengenalan semua staff dengan PKD baru iaitu Puan Nur Aisyah Binti Abd Halim yang telah menggantikan En Helmi Bin Zulkefli yang telah bertukar ke daerah Batang Padang.Disamping itu juga , penekanan kepada semua Pemaju Masyarakat Tabika /Taska mengenai pentadbiran ,kewangan ,pembelajaran ,kehadiran dan sebagainya dalam keadaan terurus dan tersedia .